TEKAN LINK INI JIKA INGIN KAYA

Thursday 7 May 2015

TEKNIK TERHEBAT BERESKAN KERJA PART 2

Assalamualaikum wbt

Moh sambung pasal buku ni. Aku dah share sikit part 1 punya. Klik SINI. Aku nak share pasal BANK MASA. Lepas baca buku ni baru realise pasal masa yang dibagi setiap hari. Disebabkan masa tu tak nampak nilai dia so kita banyak bazirkan masa tu right? Aku suka ayat ni:

"Bayangkan yang kita mempunyai akaun bank yang dikreditkan RM86,400 pada setiap pagi. Setiap malam pula, pihak bank akan mengambil semula walau berapa pun baki yang gagal dibelanjakan sepanjang hari itu. Apa yang kita akan lakukan? Sudah pasti akan cuba gunakan setiap sen yang ada. Kan?"

Meh aku share setiap saat minit jam berkaitan masa. Nilai masa boleh diukur dalam unit kat bawah ni. Mana tahu lepas korang baca terbuka sikit hati and minda korangkan. Teeehhheee...

Nilai Setahun : Bagi mengenal nilai setahun, tanya pelajar yang gagal dapat gred yang baik

Nilai Sebulan :  Tanya ibu yang melahirkan anak pramatang

Nilai Seminggu : Tanya orang yang menyunting akhbar mingguan

Nilai Sejam : Tanya orang yang sedang menunggu orang penting menyertai mesyuarat

Nilai Seminit : Tanya orang yang baru ketinggalan tren dan gagal menyampaikan pembentangan penting

Nilai Satu Milisaat : Tanya orang yang menang pingat perak dalam acara lumba lari

Ashane korang? Aku lepas baca and teliti ayat-ayat ni terus buka mata and jaga masa. Tapi aku fail jaga masa tidur. Sebabnya aku langsung tak berkira kalau berkaitan tido nih. Muahahahaha. Hashtaghobiakutido. (^________^)

Semua ni aku amik dalam buku TEKNIK TERHEBAT BERESKAN KERJA.

No comments :

Post a Comment

Thanks Sudi Baca And Drop Your Comments