TEKAN LINK INI JIKA INGIN KAYA

Friday 12 June 2015

MENDIDIK ANAK PART 1

Assalamualaikum wbt

Salam Jumaat semua. Harini nak merapu lebih sikit. Because i really love my new life now. Saat ni genap 11 hari aku jadi isteri kepada Mr Firefighter, my beloved husband. (^______^)

Perkenalan kami memang singkat. Tapi dah jodoh. Dugaan datang bertimpa-timpa sebelum kahwin. Alhamdulillah. Semuanya selesai dan berakhir dengan baik. Permulaan kisah perkahwinan aku ni tough sikit. Eh not sikitlah. Banyak kut.

Antaranya:

1. Tanggungjawab sebagai seorang isteri. Mak aih. Selalu ada orang jaga pakai minum kita. sekarang kita yang kena jaga.

2. Tanggungjawab sebagai seorang ibu. Okay. Aku ibu express. Jangan jeles sebab aku dah ada anak pompuan yang comel, manja, bijak and banyak cakap.

So pertama aku skip dulu. Sebab yang tu slow-slow. Tapi yang kedua tak boleh slow. Sebab anak cepat membesar. Kan salah didik aku jugak yang merana. Bukan apa. Nak marah-marah dah tak berguna kalau dia dah besar. So time ni aku kena terapkan sikap tanggungjawab and disiplin dalam diri dia. Agak tough jugaklah. Sebab kalau temarah nanti dia tak suka aku dah lagi parah. Kan? Aku jugak yang merana tak dapat kasih sayang anak.

Anak aku dah 7 tahun. Means aku dah terlepas fasa pertama dalam mendidik anak. And aku tak tahu cara yang digunakan untuk fasa pertama. Masuk fasa kedua, aku perlu mainkan peranan sebagai seorang ibu, seorang queen. Sebab saat ni aku perlu didik sebaiknya. Barulah dalam fasa ketiga aku boleh berubah menjadi bestfriend yang terbaik untuknya.

Saat ni aku banyak search kat internet camne nak didik anak dengan cara betul. Buat masa ni aku starting dengan peraturan and perjanjian

Apakah yang dimaksudkan peraturan:

Anak pompuan nan sorang tu suka sangat main hp main games tengok utube and sebagainya tak kira masa. Then aku apa lagi. Untuk elak tangan dia pegang hp jer, aku cakaplah. "Waktu makan dan berjalan tak boleh main hp" and of course dia akan tanya kenapa? Then aku bagilah reason kenapa tak boleh. Time makan tak boleh nanti hp kena makanan atau minuman. Then rosak. Bila dah rosak macam mana nak main games lagi. Done! Time jalan of courselah kalau mata asyik tengok hp nanti jatuh ke hape. Tak pasal-pasal dapat sakit.

Apakah yang dimaksudkan perjanjian:

Kaedah ni selalunya aku guna bila dia nak something but for sure papa dia tak bagi and boleh kena marah. So aku lepaskan and berjanji takkan bagitahu papa tapi dengan syarat mesti kena ikut cakap ummi. Bila ummi suruh something terus kena buat. Kenapa? of course anak-anak yang tengah membesar akan bertanya kenapa tak boleh kenapa mesti begitu kenapa mesti begini. Then i explain everything.

Contoh:

Anak : Ummi adik nak bawa ni. Tapi papa mesti tak bagi

Me : Kenapa nak bawa?

Anak : Nanti adik nak tido. Nak peluk ni. Kalau tak adik peluk beg jer. Boleh tak? Tapi jangan bagitahu papa.

Me : Okay boleh. Amiklah. Tapi dengan syarat. Mesti dengar cakap ummi. Bila ummi suruh masukkan baju kotor dalam bakul, kena buat. Bila ummi suruh simpan berus gigi kena terus simpan. 

Anak : (Angguk) Kenapa?

Me :  Sebab nanti bila adik dah besar ummi dah tak boleh nak tolong buatkan. Bila adik dah pergi belajar duduk sorang2. Kawan2 takkan tolong kemaskan barang kita. Kita kena jaga barang kita sendiri. Kena bertanggungjawab ke atas barang-barang kita. Boleh?

Anak : (Angguk) Boleh.

K Bai!

Thursday 11 June 2015

4 TAHAP BAGAIMANA MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW

1)   Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dipukul sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik. Sehingga, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebagai bagian dari dirinya saat besar, yang dapat dianggap sebagai teman dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka karena mereka tahu anda (ibu bapak) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2)   Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadits Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan shalat ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka karena meninggalkan shalat ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyiksa, cuma sekadar untuk mengingatkan mereka. Janganlah dipukul bagian muka karena muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Sehingga, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan sholat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan kepribadian dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terserah pada ibu bapak apakah ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, hindari menghardik atau memarahi mereka terutama dihadapan saudara-saudaranya yang lain tetapi gunakan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka. Sehingga, tidak ada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari kesenangan lain karena memandangkan semua kebahagian dan kesenangan telah ada di rumah bersama keluarga.
4)   Umur anak 21 tahun dan ke atasFase ini adalah masa ibu bapak untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibu bapak hanya perlu pantau, menasehati dengan diiringi doa agar setiap tindakan yang diambil mereka adalah betul. Berawal dari pengembaraan kehidupan mereka yang benar di luar rumah. InsyaAllah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibu bapak jangan lelah untuk menasihati mereka, kerana kalimat nasihat yang diucap sebanyak 200 kali atau lebih terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah aku yang baik seperti yang ibu bapak inginkan.
Curahkan Kasih Sayang dengan Bermain Bersama-sama Mereka
Tiada manusia dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya fase yang terpenting dalam pertumbuhan setiap anak-anak adalah pada fase yang pertama mengikuti pendidikan Rasulullah S.A.W seperti di atas. Tahap ini dianggap paling penting karena ketika inilah asas @ foundation dalam kerohanian anak-anak yang sehat terbentuk.
Termasuk perilaku, anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata. Sebaliknya bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka mudah memberontak dengan melakukan perkara yang dilarang walaupun berulang kali ditegur. Mereka percaya itulah cara terbaik bagaimana untuk menarik perhatian anda lagi.
aku copy paste jer dari FB. Sebab aku dah ada anak umur 7 tahun. (^___^)

Wednesday 10 June 2015

RAJA SEHARI

Assalamualaikum wbt

Dengan sekali lafaz dah selamat jadi bini someone!! Alhamdulillah.

Susah woo nak kahwin.


photo by : ENCIK ANAS AZIZ