TEKAN LINK INI JIKA INGIN KAYA

Friday 12 June 2015

MENDIDIK ANAK PART 1

Assalamualaikum wbt

Salam Jumaat semua. Harini nak merapu lebih sikit. Because i really love my new life now. Saat ni genap 11 hari aku jadi isteri kepada Mr Firefighter, my beloved husband. (^______^)

Perkenalan kami memang singkat. Tapi dah jodoh. Dugaan datang bertimpa-timpa sebelum kahwin. Alhamdulillah. Semuanya selesai dan berakhir dengan baik. Permulaan kisah perkahwinan aku ni tough sikit. Eh not sikitlah. Banyak kut.

Antaranya:

1. Tanggungjawab sebagai seorang isteri. Mak aih. Selalu ada orang jaga pakai minum kita. sekarang kita yang kena jaga.

2. Tanggungjawab sebagai seorang ibu. Okay. Aku ibu express. Jangan jeles sebab aku dah ada anak pompuan yang comel, manja, bijak and banyak cakap.

So pertama aku skip dulu. Sebab yang tu slow-slow. Tapi yang kedua tak boleh slow. Sebab anak cepat membesar. Kan salah didik aku jugak yang merana. Bukan apa. Nak marah-marah dah tak berguna kalau dia dah besar. So time ni aku kena terapkan sikap tanggungjawab and disiplin dalam diri dia. Agak tough jugaklah. Sebab kalau temarah nanti dia tak suka aku dah lagi parah. Kan? Aku jugak yang merana tak dapat kasih sayang anak.

Anak aku dah 7 tahun. Means aku dah terlepas fasa pertama dalam mendidik anak. And aku tak tahu cara yang digunakan untuk fasa pertama. Masuk fasa kedua, aku perlu mainkan peranan sebagai seorang ibu, seorang queen. Sebab saat ni aku perlu didik sebaiknya. Barulah dalam fasa ketiga aku boleh berubah menjadi bestfriend yang terbaik untuknya.

Saat ni aku banyak search kat internet camne nak didik anak dengan cara betul. Buat masa ni aku starting dengan peraturan and perjanjian

Apakah yang dimaksudkan peraturan:

Anak pompuan nan sorang tu suka sangat main hp main games tengok utube and sebagainya tak kira masa. Then aku apa lagi. Untuk elak tangan dia pegang hp jer, aku cakaplah. "Waktu makan dan berjalan tak boleh main hp" and of course dia akan tanya kenapa? Then aku bagilah reason kenapa tak boleh. Time makan tak boleh nanti hp kena makanan atau minuman. Then rosak. Bila dah rosak macam mana nak main games lagi. Done! Time jalan of courselah kalau mata asyik tengok hp nanti jatuh ke hape. Tak pasal-pasal dapat sakit.

Apakah yang dimaksudkan perjanjian:

Kaedah ni selalunya aku guna bila dia nak something but for sure papa dia tak bagi and boleh kena marah. So aku lepaskan and berjanji takkan bagitahu papa tapi dengan syarat mesti kena ikut cakap ummi. Bila ummi suruh something terus kena buat. Kenapa? of course anak-anak yang tengah membesar akan bertanya kenapa tak boleh kenapa mesti begitu kenapa mesti begini. Then i explain everything.

Contoh:

Anak : Ummi adik nak bawa ni. Tapi papa mesti tak bagi

Me : Kenapa nak bawa?

Anak : Nanti adik nak tido. Nak peluk ni. Kalau tak adik peluk beg jer. Boleh tak? Tapi jangan bagitahu papa.

Me : Okay boleh. Amiklah. Tapi dengan syarat. Mesti dengar cakap ummi. Bila ummi suruh masukkan baju kotor dalam bakul, kena buat. Bila ummi suruh simpan berus gigi kena terus simpan. 

Anak : (Angguk) Kenapa?

Me :  Sebab nanti bila adik dah besar ummi dah tak boleh nak tolong buatkan. Bila adik dah pergi belajar duduk sorang2. Kawan2 takkan tolong kemaskan barang kita. Kita kena jaga barang kita sendiri. Kena bertanggungjawab ke atas barang-barang kita. Boleh?

Anak : (Angguk) Boleh.

K Bai!

No comments :

Post a Comment

Thanks Sudi Baca And Drop Your Comments