Wednesday, 16 August 2017

KISAH KAK IM PART 1

Daripada haritu cuba nak update blog yang takde follower ni. -__-. Sedih? Taklah. Takde orang baca pun tak pe.

Kak im ni seorang C&S engineer kat sebuah syarikat swasta di ibu kota. Engineer tahap kuli2 jer. Selalu kena marah dengan boss. Tapi fikir positif jer. Anggap jerlah boss nak tambah ilmu tuk kak im. Tapi tak selalu jugaklah fikir macam tu. Kekadang tergelincir jugak. Sebab kena bagi jawapan untuk tugasan yang bukan datang dari kak im. So ralatlah nak bagi jawapan. Tak pun orang brief kak im camtu jer, then buat sekali salah. Kena marah kata tak faham. Menyirap jugaklah time ni. Kahkahkah.

Tapi Alhamdulillah, sometimes kak im rasa okay. Sometimes ke laut if kena hari-harilah. Biasalah manusiakan. But not least, kak im belajar banyak benda. How to manage, how to work in efficiency, how to handle work yang banyak and everything. Secara positifnya. Susah jugaklah nak capai tahap fikiran waras ni. Sempat bergaduh bertumbuk dengan boss. ^_^ okay tipu. Bergaduh jer.

Kerja kak im ni tak sure nak panggil simple or what or ape. Setiap orangkan masing-masing berbeza tahap kesukaran bidang kerja tu. Kak im punya part ni banyak main dengan nombor and imaginasi. Nasib baik suka berangan, imagine sana sini. Hahaha. So kira boleh masuklah. Kak im kena imagine how their function and how to construct and how to minimize it, how to get the economical cost. Banyaklah. Kak im bahagian consultation. So consult client to get the best design and the best pricelah. Agak tough jugaklah. Susahlah nak explain. Yang penting banyak pakai otak. Bila terover dose mulalah kepenatan teramat sangat.

Kak im dah selamat menikah selamat jugak melahirkan seorang anak perempuan. And selamat memiliki 2 orang anak perempuan. Hahahaha. Yang sulung tu anak husband kak im dengan arwah wife dia. Kak im menikah dengan husband kak im ni 31 May 2015 yang lepas.  Masa tu anak sulung kak im tu umur 7 tahun. Means dah masuk fasa kedua. Rentak untuk mendidik ni kak im dah ketinggalan satu fasa.

Okay tak dinafikan dalam mendidik anak sulung kak im ni agak sukar, susah , payah eh susahlah nak cakap ^_^. Sebab dia terbiasa dengan didikan lain masa kecik. Kak im masuk ibarat 360 darjah tertukarnya didikan tersebut. Im not OCD person. But i like to see something perfect and have a discipline. Dont know why. Maybe sebab kak im pernah join SUKSIS i think.

Tapikan actually benda ni tak susah mana kalau ada supporter. Tapi biasalah ibu/bapa kandung akan berprasangka buruk right. Sebab mereka tidak tahu intention kita sebenarnya apa. Dan ditambah lagi kurangnya komunikasi antara pasangan tersebut. Tapi tak baik menyalahkan orang. So kak im amik sepenuhnya kesalahan ini. Mungkin cara kak im salah. Yes, i admit it.

Diofis sebegitu dan dirumah sebegini. Bila diofis sebegitu and balik rumah sebegini otak kak im tak leh nak digest. Dan akhirnya semua jadi mangsa. Kak im buat kerja Allah, runsing sana runsing sini. Entahlah. Akhirnya kak im terkena sendiri. Terduduk rasa, terkecewa teramat. Tapi tak mengapa, kak im anggap itu semua ujian hidup kak im. Betapa Allah sayangkan kak im. Kak im kena sabar tenang. Lebih sabar makin Allah sayang. Betulkan?

Alhamdulillah, sekarang kak im lepaskan 100% pada Allah. Biarlah DIA buat yang terbaik tuk kak im. Yang penting kak im sabar dan redha dalam menghadapi ujian/dugaan ni. Sungguh kak im rindukan suatu ketika dulu.

Sipnosis ... ^_^