TEKAN LINK INI JIKA INGIN KAYA

Monday 23 March 2015

SOTONG CELUP TEPUNG VS AYAM MASAK KICAP

Assalamualaikum wbt


Bab kata adik aku. Mimpi ape masuk dapur. Hampeh!! Hahaha. Disebabkan my aunt kesakitan dibahagian siku dan tidak mempunyai tenaga untuk mengangkat so ape lagi. Si puteri cantik terpaksalah masuk dapur. (^________^)

Menu yang mengisi perut kami semalam ialah:


SOTONG CELUP TEPUNG (Favourite si anak dan en suami)

Bahan-bahan:

1. Sotong - benda wajib kut. Memang tak leh guna lauk lain. Sila guna yang fresh untuk penghasilan yang lebih menawan. 
2. Tepung -  mengcukupi dengant amount sotong
3. Telur - sebanyak sotong yang ada
4. Garam - secukup rasa
5. Lada sulah -  secukup-cukup

Cara-caranya:

Sotong tu macam biasalah. Buat apa yang patut then slice tu size yang korang nak. Better sederhana sedap sikit makannya. Then gaulkan sotong tu dengan sedikit tepung. Tak yah letak air sebab sotongkan banyak air (dont like sebab nanti time tengah masak boleh tengok percikan minyak). Selepas tu standbykan telur and tepung lagi. Kalau korang rasa korang tak cukup laju macam aku ni. Buat sesiap dulu. Amik sotong celup telur then tepung. (^______^) Masuk dapur pun jarang camne nak laju. Then gorenglah.

Tips from en suami:
1. Pastikan minyak betul-betul panas
2. Bila dah masuk sotong tu biarkan seketika bagi tepung tu keras sikit. Nanti bertaburan kalau kacau awal2.

First time buat not badlah. Boleh isi perut aku yang lapar. But need to improve a lot. Nanti anak gelak. Hahaha

AYAM MASAK KICAP

Aku amik resepi dari izzah ni tapi aku tak letak mayonis. Aku kan budak baru belajar. Banyak nak kena improve. Nanti aku update bahan-bahan aku guna. Lebih kurang sama. tapi aku nak abadikan aku punya kat sini. Hahaha

Thursday 19 March 2015

CABARAN SEORANG JURUTERA PEREMPUAN PART 1 CREATING FOCUS

Assalamualaikum wbt

Salam khamis! Harini aku nak fokus dalam bidang kejuruteraan sepenuhnya. Cabaran yang akan dihadapi oleh kami sebagai jurutera perempuan. Well. Semenjak aku dah berpindah ke company baru ni. Ibarat macam wajib balik lambat sebab nak kena settlekan kerja yang bertimbun banyaknya. Hurmmm. So mana boleh!! Kami perempuan banyak lagi tanggungjawab tau. (^____^)

U guys setuju ker everydays kena balik lambat? For me. Sebulan 2 3 kali okaylah dalam bidang ni. Not everydayslah. Setiap minggu wajib balik lambat tu, macam tak boleh nak terima sikitlah. Tapi tengok keadaan jugak. If kita jenis buat kerja macam kura-kura terpaksalah balik lambat. Nak siapkan kerja tu semua. Ye dak? Tapi kalau kita efficiency tak de masalah kut nak balik awal hari-hari. Kan? Setuju tak?

Camne boleh terlibat dalam bidang jurutera korang nanti aku update.



Aku rasa gambar kat atas dah complete untuk membuatkan kita efficiency dalam bekerja. Hahaha. Jom selami sikit.

1. Creating Focus

Keep a clean orderly work space

Ape yang dimaksudkan keep clean and orderly work space adalah ko pastikan meja ko tak berserabut. Contohnya kerja ko banyak sangatkan. Ada projek A, B C dan DEF. So harini ko plan nak buat projek A, so projek-projek lain ko  letak tepi jangan campur dengan projek yang ko tengah buat. Then susun bebaik paper-paper, alatan and yang berkaitan untuk siapkan projek A tu. So kat situ masa ko dah jimatlah. Contoh meja aku kat atas tu. terlampau clean pulak. Salah satu important kat situ botol air aku tu. Disebabkan aku ni suka minum air. So aku letak kat tepi tu senang nak amik. Letak kat belakang amik masa pulak nak pusing bagai. Hahahaha.


Keep your workplace well stocked

Yang ni pulak tu guna ada bekas pensil. Nak isi segalanya. Aku macam ada. segala jenis barang. Sebabnya aku ni jenis malas nak bangun dari tempat duduk. Thats whylah semua benda tersedia. Bila semua benda dah tersedia so masa tu dah jimat. Ko tak perlu nak amik masa 5 to 10 mins nak cari benda alah yang ko nak guna. Letak satu tempat so senang. Main amik jer. Jimatlah masa sikit. Boleh balik awalkan. Hahaha. Losyen pun aku selit sekali. kekadang tangan tak selesa nak kena cari losyen dalam handbag. Senang beli satu letak jer kat situ.


Keep a consolidated schedule

Opsss!! Kata jurutera. Free jer nampak. Ni company baru. baru nak cukup 3 bulan. So tak de kena gi meeting or keluar or ape. More buat kerja internal. Tak terlibat dengan external lagi. Tuk yang ni. Listkan task korang. Then kalau kena keluar kena planlah waktu yang bersesuaian tuk jimatkan masa atas jalan tu. Keluar time jammed memang cari pasal. Fahamkan?


Eliminate your personal distraction & use breaks to handle your personal business

Hahahaha. No komen. Sendiri fikir. Boleh tak camtu? Manusia biasalah. Boleh fokus about 30 to 45mins jer. Lepas tu mulalah nak capai hp lah nak buat tu lah buat ni lah. Kan? Tambah-tambah pompuan ada jer nak shopping online. (^___________^)

Okaylah. Syok sendiri jer aku ni. Thanks sudi baca. Bai.

Monday 9 March 2015

SARAPAN PAGI SEHAT UNTUK ANAK

Assalamualaikum wbt

Biasalah. Feeling mak mak gitu. I kan dah ada anak. Perasaan yang sukar digambarkan. Rasa macam nak peluk cium bila anak menangis tak bagi kita balik. Tapi cover depan atok nenek dia. Malu. Hahaha. Tengoklah. Lepas nikah tiap tiap pagi tiap malam aku pelok cium anak dan suami. 

Survey sikit makanan breakfast yang senang and berkhasiat. Akukan career woman. Kenalah pandai menguruskan masa. Anak suami kena terjaga baru boleh jadi wanita yang sangat bekerjaya. Kalau setakat dalam career jer bekerjaya tapi surirumah out. Baik tak payah. Aceh!

Jom buat research sikit.

Ni antara-antara yang aku sempat survey:

5. Pa&Ma

Antara sarapan pagi yang tertarik menarik da boom!

1. Bijirin sarapan pagi+kismis+hirisan buah. Berhati dengan kandungan garam dan gula dalam bijirin tersebut ya.

Khasiat: Mengandungi tenaga, vitamin dan mineral

2. Makanan berkanji. Roti or Nasi. Buat roti celup telur, bubur nasi, nasi goreng ke.

Khasiat: Membekalkan tenaga.

3. Susu dan hasil tenusu. Susu dadih dan keju

Khasiat: Kaya dengan kalsium

4. Buah buahan

Khasiat: Kaya dengan vitamin

En suami to be hopefully jangan malas nak teman ummi pergi pasar beli makanan berkhasiat untuk anak-anak yer. Nanti aku dah start buat bekfes tuk anak aku, aku update yer. Bai.

Tuesday 3 March 2015

TEKNIK TERHEBAT BERESKAN KERJA PART 1

Assalamualaikum wbt

Syyhhh!!!. Aku nak share rahsia hebat. Jom cari buku bertajuk TEKNIK TERHEBAT BERESKAN KERJA by Rus Slater. Aku baca tak habis lagi. Tapi isi kandungan dia superblah. Baru baca mukaddimah orang cakap. Meh aku share sikit. Mana tau korang teringin nak cari. Kat sini ada jual. Klik SINI. Pastu kat kedai bukulah.


Buku ni mengandungi 7 bab semua. Antaranya:


1. Tahu apa perlu dibuat - Kita perlu tahu apa yang perlu dilakukan. Kita juga perlu gembira apabila kita meelakukan perkara yang 'betul'.


2. Tahu bagaimana melakukan sesuatu - Kadangkala kita perlu melakukan perkara yang tertakluk kepada organisai, kadangkala ia terpulang kepada kita sendiri.


3. Tahu bila perlu melakukan sesuatu - Bukan hanya satu perkara yang perlu kita buat dalam hidup. Kita perlu tahu bagaimana meletak keutamaan bagi semua tugas.


4. Jalankan perancangan - Kita tahu apa dan bagaimana melaksanakan kerja, tetapi orang lain asyik mengalih tumpuan kita. Bagaimana menguruskan semua gangguan supaya kerja kita terlaksana?


5. Katakan "tidak" - Kita mampu melaksanakan tugasan yang diberi sekiranya tiada sesiapa yang meminta kita melakukan perkara lain. Kita perlu belajar bila perlu katakan "tidak".


6. Mengurus masalah - Kita fikir kita mampu menyelesaikan tugasan dalam masa sejam, tetapi ada pula halangan. Di sinilah cara mencegah dan menyelesaikan semua masalah ini.


7. Minta bantuan orang lain - Kadangkala cara terbaik melakukan sesuatu adalah meminta pertolongan orang lain bagi melakukannya. Ini tandanya kita pandai memanfaatkan kepakaran orang lain.


Sekian. Bukan promote. Just rasa buku ni memang hebat. Bai!