TEKAN LINK INI JIKA INGIN KAYA

Friday 27 February 2015

#PETUA MERAWAT BIBIR KERING

Assalamualaikum wbt
Salam kahfi. Rajin aku mengarang harini. Hahaha. Nak share PETUA merawat bibir kering. Aku rasa semua orang pernah alami masalah ni kan? Kalau kurang minum air for sure kering. Kering sampai merekah-rekah.
Petua ni dah lama dah aku praktis. Sejak aku zaman remaja terbilang lagi. Hahaha.
  
1. Mentega/marjerin or seangkatanlah. Sangat berkesan. Dalam masa 1 or 2 days dah okay. Tapi tengok berapa kerap korang oles kat bibirlah. Macam aku excited kemain. Sampai 2 3 kali sehari. Nak baik cepat. Selain tu mentega ni juga mampu buat bibir kita kemerahan balik tau. So korang amal hari-hari pun tak pe. Serius aku tak tipu. Huhuhu.

2. Vaseline. Yang ni korang biasa dengarkan? Bukan setakat kat bibir. Seluruh badan boleh guna. I like it. ahak ahak! Hahaha

Yang selebih ni aku tak pasti. Tak pernah try. InshaAllah aku akan try satu hari nanti. Aku baca dari website PETUA TRADISIONAL.

3. Ambil beberapa kelopak bunga mawar dan rendamkan dalam susu segar selama 1-2 jam. Then gunakan air rendaman tu sapu pada bibir. Selain tu mampu mengekalkan serinya. Fuyoo. Nampak sexylah bibir tu. Hehehe.

4. Susu pekat. Oles jer kat bibir dalam 1 jam cenggitu. Lepas tu basuhlah. Jangan buat tido. Kan bengkak esok pagi. Sebab semut duk bagi kiss good night.

5. Timun. Potong nipis-nipis dan tempek kat bibir tu. Mana-mana korang selesa. Tempek ke gosok ke. Hehehe.

6. Gel lidah buaya. Katanya mampu menyembuh dalam masa yang singkat. Aku tak tau. Tak pernah cuba. Korang cuba then gtau aku no.
Selamat mencuba dan beramal. Bai!

3 comments :

Thanks Sudi Baca And Drop Your Comments