TEKAN LINK INI JIKA INGIN KAYA

Tuesday, 28 January 2020

Nasi Goreng Ikan Rebus

Ceritanya bermula begini, my mom suka sangat rebus ikan segar. Sebab my dad and my mom memang suka makan ikan rebus ni.

Part yang paling best, bila my mom goreng sampai garing. MasyaAllah rasa dia. Bertambah wei makan nasi. Memang sedap giler.

And aku membesar memang setiap pagi makan nasi goreng. My mom akan goreng nasi lebihan semalam. Without miss tau.

Bila time tak makan nasi goreng tu? Bila nasi tu lembik. Aku memang kurang sikit nasi lembih. Prefer nasi keras. Bila goreng kan jadi cantik sikit and menyelerakan. 

Dan tetiba kedai depan rumah suami aku tu buat nasi goreng ikan rebus. Excited giler rasa. Hahaha. Kalau pedas mesti lagi power. 

Haihlah. Teringat-ingat nasi goreng ikan rebus tu ๐Ÿคค

Jagalah Lisan dan Tangan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah Muslim Yang Menyelamatkan

ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ู…ُูˆุณَู‰ ุฑَุถِูŠَ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู†ْู‡ُ ู‚َุงู„َ ู‚َุงู„ُูˆุง ูŠَุง ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ุฃَูŠُّ ุงู„ْุฅِุณْู„َุงู…ِ ุฃَูْุถَู„ُ ู‚َุงู„َ ู…َู†ْ ุณَู„ِู…َ ุงู„ْู…ُุณْู„ِู…ُูˆู†َ ู…ِู†ْ ู„ِุณَุงู†ِู‡ِ ูˆَูŠَุฏِู‡ِ

Daripada Abu Musa RA berkata: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?" Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya".(HR Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia.

2.  Menjaga lisan daripada menuturkan sesuatu yang buruk seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba dan lain-lain adalah dituntut.

3.  Memelihara tangan dari melakukan perbuatan keji dan menyakiti orang lain bukan hanya memukul malah termasuk menulis, memforward sesuatu yang berbentuk fitnah, menghina, mengadu domba dan lain-lain adalah dilarang.

4.  Imam al-Khaththabi rahimahullรขh berkata, hadis ini bermaksud bahawa kaum muslimin yang paling utama adalah orang yang selain menunaikan hak-hak Allah  dengan baik, dia juga menunaikan hak-hak sesama kaum muslimin dengan baik pula.

5.  Muslim yang paling utama ialah yang lisan dan tangannya menyelamatkan Muslim yang lain.

Marilah kita menjadi baik dengan menjaga lisan dan tangan kita.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#SemarakCintaRasul
#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor 

28hb Januari 2020
03hb Jamadil Akhir 1441H

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik ๐Ÿ‘†


Wednesday, 28 August 2019

BERSYUKUR ITU LEBIH TINGGI DARI BERSABAR

Allahuakhbar. Semalam kak im berbual panjang dengan seorang teman. Sepanjang berbual, Subhanallah kagum sungguh dengan dirinya. Sentiasa positif. Even kata, rasa dan fikirnya. 

Katanya itu semua dari Allah. Apa yang baik semua dari Allah, tak ada satu pun miliknya.

Dan manusia ni ibarat hidup dalam dewan exam. Sentiasa ada ujian dan sentiasa diuji. Samaada kita sedar ataupun tidak.

Apa yang perlu kita buat adalah tempuhi dengan SABAR dan SYUKUR. Sabar sahaja tidak mengcukupi. Kerana nikmatnya lebih indah jika kita tambahi rasa syukur. 

Harini kak im buat garfu tala. Again kak im dapat tajuk BERSYUKUR ITU LEBIH TINGGI DARI SABAR. 

Satu persatu ayatnya kak im baca dan fahami. Cuba melihat dunia dan takdir yang perlu kak im tempuhi. 

Hikmah demi hikmah yang kak im perolehi setiap kali diuji. Subhanallah!

'Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?'
Ar-Rahman.

Bila banyak bersyukur, lagi cepat kesenangan dan kejayaan datang.
- NoraYusof-

Friday, 19 July 2019

IM TAKING MY MISERY AWAY

Nobody can't see me cry.

Even they said they understand. 

They are not understand actually.

What i have been through. 

What the mistake i have been done. 

Its all about me.

Thursday, 20 August 2015

MENDIDIK ANAK PART 2

Assalamualaikum wbt

Salam khamis semua. Alhamdulillah. Penulisan yang sangat tak menyedapkan untuk dibaca. tapi nak juga share. Nak cite kat fb ramai sangat yang membaca. HakHak. Budget ada ramai pembaca kat fb. Wakakaka.

To be honest, aku memang dah buntu how nak mendidik anak. Guna kekerasan and kemarahan tidak menghasilkan anak yang berjiwa kental and berperangai baik. Then aku ni ibu muda segera, so banyak jugaklah aku follow mana yang patut and mintak adb\vise dengan kengkawan yang banyak membaca agar dapat membantu aku yang kebuntuan ni. 

Aku ibu muda segera and memang short tempered then korang boleh bayanglah aku camne kan if budak-budak buat perangai ni. So aku searchlah kat FB if ada group or pages yang menarik perhatian yang boleh dijadikan rujukan untuk aku. Okay setakat ni aku ada datu group kat FB memang totally membantu. Korang pun joinlah. InshaAllah. Banyak perubahan dekat diri aku ni.


Group ni semua peringkat umur ada. So siapa-siapa yang rasa kebuntuan tu bolehlah join. Sangat membantu. Recommended sangat.

Antara cara-cara yang banyak membantu aku adalah cara bercakap dengan anak. Aku cara bercakap memang worstlah. If tak dengar lambar merengek mulalah naik darah. Tapi aku cuba ubah perlahan-lahan. Aku cuba guna kaedah lain. Kaedah yang banyak memuji dirinya.

Contoh nak kejut bangun pagi untuk pergi sekolah. Kalau dulu aku banyak keraskan suara untuk paksa anak aku bangun. Tapi sekarang aku guna cara lain.

"Adik bangun mandi nak sekolah." Sambil usap. Ulang ayat yang sama, dan bila dia start merengek aku pun startlah ayat baru. Sambil tarik perlahan tangan anak "Anak ummi die rajin ke sekolah. Rajin belajar rajin bangun pagi dan rajin gosok gigi" Alhamdulillah rengekan dia hilang bangun dengan baiknya. "Meh ummi hantar dekat toilet. Nanti adik mandi. Cepat siap boleh tengok kartun." Tak salah guna umpan sekali sekala. 

Sekian. :)

Friday, 12 June 2015

MENDIDIK ANAK PART 1

Assalamualaikum wbt

Salam Jumaat semua. Harini nak merapu lebih sikit. Because i really love my new life now. Saat ni genap 11 hari aku jadi isteri kepada Mr Firefighter, my beloved husband. (^______^)

Perkenalan kami memang singkat. Tapi dah jodoh. Dugaan datang bertimpa-timpa sebelum kahwin. Alhamdulillah. Semuanya selesai dan berakhir dengan baik. Permulaan kisah perkahwinan aku ni tough sikit. Eh not sikitlah. Banyak kut.

Antaranya:

1. Tanggungjawab sebagai seorang isteri. Mak aih. Selalu ada orang jaga pakai minum kita. sekarang kita yang kena jaga.

2. Tanggungjawab sebagai seorang ibu. Okay. Aku ibu express. Jangan jeles sebab aku dah ada anak pompuan yang comel, manja, bijak and banyak cakap.

So pertama aku skip dulu. Sebab yang tu slow-slow. Tapi yang kedua tak boleh slow. Sebab anak cepat membesar. Kan salah didik aku jugak yang merana. Bukan apa. Nak marah-marah dah tak berguna kalau dia dah besar. So time ni aku kena terapkan sikap tanggungjawab and disiplin dalam diri dia. Agak tough jugaklah. Sebab kalau temarah nanti dia tak suka aku dah lagi parah. Kan? Aku jugak yang merana tak dapat kasih sayang anak.

Anak aku dah 7 tahun. Means aku dah terlepas fasa pertama dalam mendidik anak. And aku tak tahu cara yang digunakan untuk fasa pertama. Masuk fasa kedua, aku perlu mainkan peranan sebagai seorang ibu, seorang queen. Sebab saat ni aku perlu didik sebaiknya. Barulah dalam fasa ketiga aku boleh berubah menjadi bestfriend yang terbaik untuknya.

Saat ni aku banyak search kat internet camne nak didik anak dengan cara betul. Buat masa ni aku starting dengan peraturan and perjanjian

Apakah yang dimaksudkan peraturan:

Anak pompuan nan sorang tu suka sangat main hp main games tengok utube and sebagainya tak kira masa. Then aku apa lagi. Untuk elak tangan dia pegang hp jer, aku cakaplah. "Waktu makan dan berjalan tak boleh main hp" and of course dia akan tanya kenapa? Then aku bagilah reason kenapa tak boleh. Time makan tak boleh nanti hp kena makanan atau minuman. Then rosak. Bila dah rosak macam mana nak main games lagi. Done! Time jalan of courselah kalau mata asyik tengok hp nanti jatuh ke hape. Tak pasal-pasal dapat sakit.

Apakah yang dimaksudkan perjanjian:

Kaedah ni selalunya aku guna bila dia nak something but for sure papa dia tak bagi and boleh kena marah. So aku lepaskan and berjanji takkan bagitahu papa tapi dengan syarat mesti kena ikut cakap ummi. Bila ummi suruh something terus kena buat. Kenapa? of course anak-anak yang tengah membesar akan bertanya kenapa tak boleh kenapa mesti begitu kenapa mesti begini. Then i explain everything.

Contoh:

Anak : Ummi adik nak bawa ni. Tapi papa mesti tak bagi

Me : Kenapa nak bawa?

Anak : Nanti adik nak tido. Nak peluk ni. Kalau tak adik peluk beg jer. Boleh tak? Tapi jangan bagitahu papa.

Me : Okay boleh. Amiklah. Tapi dengan syarat. Mesti dengar cakap ummi. Bila ummi suruh masukkan baju kotor dalam bakul, kena buat. Bila ummi suruh simpan berus gigi kena terus simpan. 

Anak : (Angguk) Kenapa?

Me :  Sebab nanti bila adik dah besar ummi dah tak boleh nak tolong buatkan. Bila adik dah pergi belajar duduk sorang2. Kawan2 takkan tolong kemaskan barang kita. Kita kena jaga barang kita sendiri. Kena bertanggungjawab ke atas barang-barang kita. Boleh?

Anak : (Angguk) Boleh.

K Bai!

Thursday, 11 June 2015

4 TAHAP BAGAIMANA MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW

1)   Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dipukul sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik. Sehingga, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebagai bagian dari dirinya saat besar, yang dapat dianggap sebagai teman dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka karena mereka tahu anda (ibu bapak) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2)   Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadits Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan shalat ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka karena meninggalkan shalat ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyiksa, cuma sekadar untuk mengingatkan mereka. Janganlah dipukul bagian muka karena muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Sehingga, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan sholat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan kepribadian dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terserah pada ibu bapak apakah ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, hindari menghardik atau memarahi mereka terutama dihadapan saudara-saudaranya yang lain tetapi gunakan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka. Sehingga, tidak ada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari kesenangan lain karena memandangkan semua kebahagian dan kesenangan telah ada di rumah bersama keluarga.
4)   Umur anak 21 tahun dan ke atasFase ini adalah masa ibu bapak untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibu bapak hanya perlu pantau, menasehati dengan diiringi doa agar setiap tindakan yang diambil mereka adalah betul. Berawal dari pengembaraan kehidupan mereka yang benar di luar rumah. InsyaAllah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibu bapak jangan lelah untuk menasihati mereka, kerana kalimat nasihat yang diucap sebanyak 200 kali atau lebih terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah aku yang baik seperti yang ibu bapak inginkan.
Curahkan Kasih Sayang dengan Bermain Bersama-sama Mereka
Tiada manusia dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya fase yang terpenting dalam pertumbuhan setiap anak-anak adalah pada fase yang pertama mengikuti pendidikan Rasulullah S.A.W seperti di atas. Tahap ini dianggap paling penting karena ketika inilah asas @ foundation dalam kerohanian anak-anak yang sehat terbentuk.
Termasuk perilaku, anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata. Sebaliknya bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka mudah memberontak dengan melakukan perkara yang dilarang walaupun berulang kali ditegur. Mereka percaya itulah cara terbaik bagaimana untuk menarik perhatian anda lagi.
aku copy paste jer dari FB. Sebab aku dah ada anak umur 7 tahun. (^___^)

Wednesday, 10 June 2015

RAJA SEHARI

Assalamualaikum wbt

Dengan sekali lafaz dah selamat jadi bini someone!! Alhamdulillah.

Susah woo nak kahwin.


photo by : ENCIK ANAS AZIZ

Tuesday, 12 May 2015

CARA URUSKAN KERJA DAN MASA

Assalamualaikum wbt

Okay. Disebabkan aku rasa macam timing kerja aku dah lari jauh. Aku macam dah hilang cara untuk manage masa and kerja aku. Hilang fokus aku sebab banyak sangat masalah/dugaan yang menimpa .So aku cubalah mengkaji segala punca and sebab dia kenapa adn try dapatkan solution:

Antaranya:

1. Aku kerja memang ikut office hours. Memang jaranglah nak tengok aku balik lambat stay sampai jam 10 hingga 11. Sangat tak logik aku boleh stayback. Sebab jam 930 aku dah selamat lena. Ashane tu. So aku conclude masa aku memang terhad and aku pula bekerja sebagai kuli. Ikut ape orang bagi, so lagilah giler nak manage kerja tu. But its okay. Semua masalah ada penyelesaiannya. Ngee. Korang tengok kat SINI. Exactly 100% macam tulah aku manage kerja aku yang bersusun dulu. Masa kat company lama.

a) Susun tugasan harian mengikut prioriti. Tak faham yer camne? Tengok gambar kat bawah ni.


Lebih clear tak? Senaraikan mengikut bahagian masing-masing. Baca gambar dari kiri ke kanan bermula dari atas. Means yang paling paling penting URGENT+IMPORTANT dan yang boleh abaikan sikit NOT URGENT+NOT IMPORTANT.

b) Jangan tangguhkan kerja. Pandai-pandai sendirilah yang ni. If kerja dah tak de so budget nak tinggal satulah untuk esok. DON'T!! Buat jer. Esok kalau tak de keje boleh relax2 update belog. Muahahaha.

c) Sediakan to do list or senaraikan semua kerja and mark mana yang WAJIB siapkan. And estimatekan due date. Walaumacammana sekalipun mesti kena siapkan ikut tarikh yang dah distatekan.

d) Jangan bebankan diri dengan bebanan yang tidak sepatutnya. Maksudnya. Semua senarai kerja tu estimatekan berapa lama masa yang diperlukan untuk menyiapkan kerja tu. Jangan bebankan diri pulun habis habisan. Badan letih kerja pun jadi lambat siap. Sebab tu aku suka balik ontime. (^____^)

2. Sebelum memulakan kerja. Kita kena pastikan kita faham apebenda kita nak buatkan. So yang ni pun include sekali. Tapi the problem is aku tak tahu mana puncanya. Lack of explanation or aku yang hilang fokus. Tapi kalau aku hilang fokus aku admit jer. Memang totally salah aku kut. Muahahaha. Tapi aku tersangat tak suka. Kalau tak explain bebetul dekat aku. Then bila aku cuba nak fahamkan banyak cite luar. So kepada mereka mereka yang ada anak buah/staff mintak tolong perbaiki jika kita mempunya kelemahan dari segi explanation. Penting wooo. Kalau explanation ke laut keje kelaut then kena buat lagi. Rugi masa aku!! Hahaha

a) Orang atasan kena improve dari segi/cara nak bagi kerja dekat orang bawahan

b) Kita yang amik langkah tanya orang atasan balik (APA, DI MANA, BILA, BAGAIMANA)

3. Nak bagi keje bila tunggu time keje dah siap. Janganlah tunggu kerja aku siap. Style aku just bagi jer keje kat aku, kalau betullah nak aku yang buatkan kerja tu. Bimbang aku terbeban? Dont worry aku cuba managekan sebaik mungkin. Bagitau due date, If aku rasa aku tak sempat aku bagitahu mungkin tak sempat. Kan lebih senang. Nak tunggu kerja siap baru nak bagi. Hurm macam tak sesuai.

a) Yakin dengan orang bawahan mampu selesaikan tugasan yang diberi

b) Susun perancangan dengan teratur and teliti.

4. Mungkin aku tak biasa dapat kerja dari orang atasan, Sebab selalunya kerja-kerja terus direct dekat aku. And aku akan distributekan semua. Means aku yang buat keputusan. Eh tak jugak. Still my boss yang buat keputusan but aku just terangkan jer ape yang berlaku than tunggu my boss decide. Tak de pulak kena go through sesama. Ko tak leh terima ko jadi kuli ke im????? Hahaha. No lah!! Aku tak macam tu okay. Just suka semuanya tersusun.

a) Terimalah hakikat ko kuli!!! Hahaha

Need to improve morelah!

Monday, 11 May 2015

IBU HARTA DUNIA AKHIRAT

Assalamualaikum wbt

Hari ni 11 May 2015. 19 days to go. Yuhuuu. Eh!. Semalam 10 May adalah HARI IBU. Tapi pada aku hari-hari HARI IBU. Hari hari HARI IBU HARI BAPA. Sebab setiap saat kut aku sayang harta aku ni. Korang ashane? Tapi masalahnya aku nk jenis tak tunjuk ler.

Sifat aku memang totally orang cakap. Tak penyayang, kurang ajar and etc. Actually aku jenis tak tunjuk if aku sayangkan orang. Then aku selalulah mengelamun sendiri. If ada rezeki lebih aku nak buat itu ini. Nak tolong itu ini. Hahaha. Aku memang short tempered tapi aku jenis berhati lembut (cuma tak nampak).


To my beloved mom. Kak im sayang ma sesangat. Kak im mintak maaf sebab jarang call ma jarang tanya khabar ma. Tapi setiap pagi kak im hadiahkan al-Fatihah tuk ma dan abah. Kak im tak de harta nak bagi kemewahan. Hanya mampu dengan doa sahaja. I love u so much mom. Kak im tahu. Kak imlah anak paling degil and everythings. And kak im tahu juga ma sayangkan anak. Kerana terlampau sayang and tak nak kehilangan ma ikut jer apa kak im nak. I lobe u mom. Sangat. U r my queen and abah my king. Tiada ganti.

Dear Mom,
Thank you for always being there for me
I should tell you how much I love you
Every single day but I don't
So there it is "I LOVE YOU SO MUCH"

To the world
you might be just one person
but for me you might be just
be the world
"Happy Mothers Day"

I am so grateful and blessed
for having a special mother like you
i Appreciate you a lot
Take care always and Allah bless

Thursday, 7 May 2015

TEKNIK TERHEBAT BERESKAN KERJA PART 2

Assalamualaikum wbt

Moh sambung pasal buku ni. Aku dah share sikit part 1 punya. Klik SINI. Aku nak share pasal BANK MASA. Lepas baca buku ni baru realise pasal masa yang dibagi setiap hari. Disebabkan masa tu tak nampak nilai dia so kita banyak bazirkan masa tu right? Aku suka ayat ni:

"Bayangkan yang kita mempunyai akaun bank yang dikreditkan RM86,400 pada setiap pagi. Setiap malam pula, pihak bank akan mengambil semula walau berapa pun baki yang gagal dibelanjakan sepanjang hari itu. Apa yang kita akan lakukan? Sudah pasti akan cuba gunakan setiap sen yang ada. Kan?"

Meh aku share setiap saat minit jam berkaitan masa. Nilai masa boleh diukur dalam unit kat bawah ni. Mana tahu lepas korang baca terbuka sikit hati and minda korangkan. Teeehhheee...

Nilai Setahun : Bagi mengenal nilai setahun, tanya pelajar yang gagal dapat gred yang baik

Nilai Sebulan :  Tanya ibu yang melahirkan anak pramatang

Nilai Seminggu : Tanya orang yang menyunting akhbar mingguan

Nilai Sejam : Tanya orang yang sedang menunggu orang penting menyertai mesyuarat

Nilai Seminit : Tanya orang yang baru ketinggalan tren dan gagal menyampaikan pembentangan penting

Nilai Satu Milisaat : Tanya orang yang menang pingat perak dalam acara lumba lari

Ashane korang? Aku lepas baca and teliti ayat-ayat ni terus buka mata and jaga masa. Tapi aku fail jaga masa tidur. Sebabnya aku langsung tak berkira kalau berkaitan tido nih. Muahahahaha. Hashtaghobiakutido. (^________^)

Semua ni aku amik dalam buku TEKNIK TERHEBAT BERESKAN KERJA.

Monday, 23 March 2015

SOTONG CELUP TEPUNG VS AYAM MASAK KICAP

Assalamualaikum wbt


Bab kata adik aku. Mimpi ape masuk dapur. Hampeh!! Hahaha. Disebabkan my aunt kesakitan dibahagian siku dan tidak mempunyai tenaga untuk mengangkat so ape lagi. Si puteri cantik terpaksalah masuk dapur. (^________^)

Menu yang mengisi perut kami semalam ialah:


SOTONG CELUP TEPUNG (Favourite si anak dan en suami)

Bahan-bahan:

1. Sotong - benda wajib kut. Memang tak leh guna lauk lain. Sila guna yang fresh untuk penghasilan yang lebih menawan. 
2. Tepung -  mengcukupi dengant amount sotong
3. Telur - sebanyak sotong yang ada
4. Garam - secukup rasa
5. Lada sulah -  secukup-cukup

Cara-caranya:

Sotong tu macam biasalah. Buat apa yang patut then slice tu size yang korang nak. Better sederhana sedap sikit makannya. Then gaulkan sotong tu dengan sedikit tepung. Tak yah letak air sebab sotongkan banyak air (dont like sebab nanti time tengah masak boleh tengok percikan minyak). Selepas tu standbykan telur and tepung lagi. Kalau korang rasa korang tak cukup laju macam aku ni. Buat sesiap dulu. Amik sotong celup telur then tepung. (^______^) Masuk dapur pun jarang camne nak laju. Then gorenglah.

Tips from en suami:
1. Pastikan minyak betul-betul panas
2. Bila dah masuk sotong tu biarkan seketika bagi tepung tu keras sikit. Nanti bertaburan kalau kacau awal2.

First time buat not badlah. Boleh isi perut aku yang lapar. But need to improve a lot. Nanti anak gelak. Hahaha

AYAM MASAK KICAP

Aku amik resepi dari izzah ni tapi aku tak letak mayonis. Aku kan budak baru belajar. Banyak nak kena improve. Nanti aku update bahan-bahan aku guna. Lebih kurang sama. tapi aku nak abadikan aku punya kat sini. Hahaha

Thursday, 19 March 2015

CABARAN SEORANG JURUTERA PEREMPUAN PART 1 CREATING FOCUS

Assalamualaikum wbt

Salam khamis! Harini aku nak fokus dalam bidang kejuruteraan sepenuhnya. Cabaran yang akan dihadapi oleh kami sebagai jurutera perempuan. Well. Semenjak aku dah berpindah ke company baru ni. Ibarat macam wajib balik lambat sebab nak kena settlekan kerja yang bertimbun banyaknya. Hurmmm. So mana boleh!! Kami perempuan banyak lagi tanggungjawab tau. (^____^)

U guys setuju ker everydays kena balik lambat? For me. Sebulan 2 3 kali okaylah dalam bidang ni. Not everydayslah. Setiap minggu wajib balik lambat tu, macam tak boleh nak terima sikitlah. Tapi tengok keadaan jugak. If kita jenis buat kerja macam kura-kura terpaksalah balik lambat. Nak siapkan kerja tu semua. Ye dak? Tapi kalau kita efficiency tak de masalah kut nak balik awal hari-hari. Kan? Setuju tak?

Camne boleh terlibat dalam bidang jurutera korang nanti aku update.



Aku rasa gambar kat atas dah complete untuk membuatkan kita efficiency dalam bekerja. Hahaha. Jom selami sikit.

1. Creating Focus

Keep a clean orderly work space

Ape yang dimaksudkan keep clean and orderly work space adalah ko pastikan meja ko tak berserabut. Contohnya kerja ko banyak sangatkan. Ada projek A, B C dan DEF. So harini ko plan nak buat projek A, so projek-projek lain ko  letak tepi jangan campur dengan projek yang ko tengah buat. Then susun bebaik paper-paper, alatan and yang berkaitan untuk siapkan projek A tu. So kat situ masa ko dah jimatlah. Contoh meja aku kat atas tu. terlampau clean pulak. Salah satu important kat situ botol air aku tu. Disebabkan aku ni suka minum air. So aku letak kat tepi tu senang nak amik. Letak kat belakang amik masa pulak nak pusing bagai. Hahahaha.


Keep your workplace well stocked

Yang ni pulak tu guna ada bekas pensil. Nak isi segalanya. Aku macam ada. segala jenis barang. Sebabnya aku ni jenis malas nak bangun dari tempat duduk. Thats whylah semua benda tersedia. Bila semua benda dah tersedia so masa tu dah jimat. Ko tak perlu nak amik masa 5 to 10 mins nak cari benda alah yang ko nak guna. Letak satu tempat so senang. Main amik jer. Jimatlah masa sikit. Boleh balik awalkan. Hahaha. Losyen pun aku selit sekali. kekadang tangan tak selesa nak kena cari losyen dalam handbag. Senang beli satu letak jer kat situ.


Keep a consolidated schedule

Opsss!! Kata jurutera. Free jer nampak. Ni company baru. baru nak cukup 3 bulan. So tak de kena gi meeting or keluar or ape. More buat kerja internal. Tak terlibat dengan external lagi. Tuk yang ni. Listkan task korang. Then kalau kena keluar kena planlah waktu yang bersesuaian tuk jimatkan masa atas jalan tu. Keluar time jammed memang cari pasal. Fahamkan?


Eliminate your personal distraction & use breaks to handle your personal business

Hahahaha. No komen. Sendiri fikir. Boleh tak camtu? Manusia biasalah. Boleh fokus about 30 to 45mins jer. Lepas tu mulalah nak capai hp lah nak buat tu lah buat ni lah. Kan? Tambah-tambah pompuan ada jer nak shopping online. (^___________^)

Okaylah. Syok sendiri jer aku ni. Thanks sudi baca. Bai.

Monday, 9 March 2015

SARAPAN PAGI SEHAT UNTUK ANAK

Assalamualaikum wbt

Biasalah. Feeling mak mak gitu. I kan dah ada anak. Perasaan yang sukar digambarkan. Rasa macam nak peluk cium bila anak menangis tak bagi kita balik. Tapi cover depan atok nenek dia. Malu. Hahaha. Tengoklah. Lepas nikah tiap tiap pagi tiap malam aku pelok cium anak dan suami. 

Survey sikit makanan breakfast yang senang and berkhasiat. Akukan career woman. Kenalah pandai menguruskan masa. Anak suami kena terjaga baru boleh jadi wanita yang sangat bekerjaya. Kalau setakat dalam career jer bekerjaya tapi surirumah out. Baik tak payah. Aceh!

Jom buat research sikit.

Ni antara-antara yang aku sempat survey:

5. Pa&Ma

Antara sarapan pagi yang tertarik menarik da boom!

1. Bijirin sarapan pagi+kismis+hirisan buah. Berhati dengan kandungan garam dan gula dalam bijirin tersebut ya.

Khasiat: Mengandungi tenaga, vitamin dan mineral

2. Makanan berkanji. Roti or Nasi. Buat roti celup telur, bubur nasi, nasi goreng ke.

Khasiat: Membekalkan tenaga.

3. Susu dan hasil tenusu. Susu dadih dan keju

Khasiat: Kaya dengan kalsium

4. Buah buahan

Khasiat: Kaya dengan vitamin

En suami to be hopefully jangan malas nak teman ummi pergi pasar beli makanan berkhasiat untuk anak-anak yer. Nanti aku dah start buat bekfes tuk anak aku, aku update yer. Bai.

Tuesday, 3 March 2015

TEKNIK TERHEBAT BERESKAN KERJA PART 1

Assalamualaikum wbt

Syyhhh!!!. Aku nak share rahsia hebat. Jom cari buku bertajuk TEKNIK TERHEBAT BERESKAN KERJA by Rus Slater. Aku baca tak habis lagi. Tapi isi kandungan dia superblah. Baru baca mukaddimah orang cakap. Meh aku share sikit. Mana tau korang teringin nak cari. Kat sini ada jual. Klik SINI. Pastu kat kedai bukulah.


Buku ni mengandungi 7 bab semua. Antaranya:


1. Tahu apa perlu dibuat - Kita perlu tahu apa yang perlu dilakukan. Kita juga perlu gembira apabila kita meelakukan perkara yang 'betul'.


2. Tahu bagaimana melakukan sesuatu - Kadangkala kita perlu melakukan perkara yang tertakluk kepada organisai, kadangkala ia terpulang kepada kita sendiri.


3. Tahu bila perlu melakukan sesuatu - Bukan hanya satu perkara yang perlu kita buat dalam hidup. Kita perlu tahu bagaimana meletak keutamaan bagi semua tugas.


4. Jalankan perancangan - Kita tahu apa dan bagaimana melaksanakan kerja, tetapi orang lain asyik mengalih tumpuan kita. Bagaimana menguruskan semua gangguan supaya kerja kita terlaksana?


5. Katakan "tidak" - Kita mampu melaksanakan tugasan yang diberi sekiranya tiada sesiapa yang meminta kita melakukan perkara lain. Kita perlu belajar bila perlu katakan "tidak".


6. Mengurus masalah - Kita fikir kita mampu menyelesaikan tugasan dalam masa sejam, tetapi ada pula halangan. Di sinilah cara mencegah dan menyelesaikan semua masalah ini.


7. Minta bantuan orang lain - Kadangkala cara terbaik melakukan sesuatu adalah meminta pertolongan orang lain bagi melakukannya. Ini tandanya kita pandai memanfaatkan kepakaran orang lain.


Sekian. Bukan promote. Just rasa buku ni memang hebat. Bai!

Friday, 27 February 2015

#PETUA MERAWAT BIBIR KERING

Assalamualaikum wbt
Salam kahfi. Rajin aku mengarang harini. Hahaha. Nak share PETUA merawat bibir kering. Aku rasa semua orang pernah alami masalah ni kan? Kalau kurang minum air for sure kering. Kering sampai merekah-rekah.
Petua ni dah lama dah aku praktis. Sejak aku zaman remaja terbilang lagi. Hahaha.
  
1. Mentega/marjerin or seangkatanlah. Sangat berkesan. Dalam masa 1 or 2 days dah okay. Tapi tengok berapa kerap korang oles kat bibirlah. Macam aku excited kemain. Sampai 2 3 kali sehari. Nak baik cepat. Selain tu mentega ni juga mampu buat bibir kita kemerahan balik tau. So korang amal hari-hari pun tak pe. Serius aku tak tipu. Huhuhu.

2. Vaseline. Yang ni korang biasa dengarkan? Bukan setakat kat bibir. Seluruh badan boleh guna. I like it. ahak ahak! Hahaha

Yang selebih ni aku tak pasti. Tak pernah try. InshaAllah aku akan try satu hari nanti. Aku baca dari website PETUA TRADISIONAL.

3. Ambil beberapa kelopak bunga mawar dan rendamkan dalam susu segar selama 1-2 jam. Then gunakan air rendaman tu sapu pada bibir. Selain tu mampu mengekalkan serinya. Fuyoo. Nampak sexylah bibir tu. Hehehe.

4. Susu pekat. Oles jer kat bibir dalam 1 jam cenggitu. Lepas tu basuhlah. Jangan buat tido. Kan bengkak esok pagi. Sebab semut duk bagi kiss good night.

5. Timun. Potong nipis-nipis dan tempek kat bibir tu. Mana-mana korang selesa. Tempek ke gosok ke. Hehehe.

6. Gel lidah buaya. Katanya mampu menyembuh dalam masa yang singkat. Aku tak tau. Tak pernah cuba. Korang cuba then gtau aku no.
Selamat mencuba dan beramal. Bai!

Monday, 23 February 2015

10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI

1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih


2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.


3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.


4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.


5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.


6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.


7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.


8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.


9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.


10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.


Shhh!! Aku copy dari FB Saya Cinta Suami Saya

InshaaAllah. Saya sangat cintakan bakal suami saya. Doakan kami. Aamiin.

Simpan kat my belog. Bakal suami kuat batuk.

Thursday, 29 January 2015

FRIENDSHIP

I cannot even imagine where
i would be today
were it not for that handful
of friends
who have given me
a heart full of joy.
Let's face it,
friends make life a lot more fun.
  


When it #hurts to look back,
and you're #afraid to look ahead,
you can look beside you,
and
your best friend will be there.

Monday, 12 January 2015

BERSEDIAKAH AKU??

Assalamualaikum wbt

Hello world. Harini 12 Januari 2015, maka genaplah 66 hari perkenalan aku, msengineer dan dia, mrfirefighter. Hopefully perkenalan ini akan terus kekal hingga ke syurga. Aamiin. Doakan tuk kami yer. (^_^)

Actually kami tengah berusaha untuk ke step seterusnya. Mengakhiri zaman bujang. Tadi masa tengah layan FB ketika kebosanan dan kemengantukan yg amat. Aku terbaca satu website (MATABULAT).

Kat website tu dia ada 10 soalan berhasrat untuk bertunang. Moh kita review satu-satu soalan ni.

1. Apakah wawasan hidupnya?

Allah. Jawapan untuk ni aku ada samar-samar jer. Tapi aku dia bercita-cita tinggi. Cuma disebabkan dia kehilangan 'pemberi semangat' so impian dia tolak ketepi. Tapi semenjak aku hadir dalam hidup die ni. Nampak cam kembali bersemangat. Its okay. Aku baru lepas tanya dia. Nanti dia dah jawab aku update lagi. Ngee.

Jawapan papa:
Menyenangkan keluarga. Biar papa susah tapi yang lain senang. Jangan susahkan orang lain.

2. bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Okay. Totally memang aku tak tanya langsung and i have no idea about this question. Tak leh nak men hentam jerkan? Tapi aku pasti jawapan dia positif macam jawapan aku. Ahaks.

Jawapan papa:
Sesuatu  yang mulia & perlu dihormati & disanjungi. Kerana lelaki takkan berjaya tanpa sokongan wanita dan keluarga.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Setakat ni dia selalu tegur sifat kuat merajuk aku. Bukan apa. Dia tak ada masalah untuk pujuk aku. Tapi kalau bukan depan mata memang masalah. Sebab dia manatahu aku tengah merajuk ke apa. Selau kena tegur pasal ni. Alhamdulillah. Sekarang ni aku ikut nasihat dia. Jangan buat andaian sendiri. Tanya dulu. Aku praktiskan and dah tak de isu merajuk. Tapi isu tak dengar kata pulak keluar. Hahaha.
Ala masalah tak dengar kata tu bukan apa. Sebab dia suruh aku balik awal. jam 6 or paling lewat 630. Waktu kerja dah habis baliklah. Lagipun tempat barukan. Tak kenal sape2 lagi. So dia dah tak tahu nak cakap apa. Sebab aku tak bagi feedback dengan teguran dia ni. Tu dapat title tak dengar kata. (T_T)

Jawapan papa:
Suka yang berterus teran, tidak hipokrit dan tak pentingkan diri sendiri. Memahami apa yang papa lakukan

4. Apakah pandangan mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Isu ni tak masalah langsung. Cuma aku jer kena prepare myself untuk bersiap sedia. Sebab my mrfirefighter ni duda anak satu. So soalan tu aku yang kena bagi jawapan sebenarnya. Hehe. Tapi inshaAllah. Aku suka budak and suka my daughter. Dah jatuh sayang pun. Hehe.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Setakat ni Alhamdulillah. Lagipun dia jaga badan dia. Fitness katanya. Aku yang terkena balik. Hahaha.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

YaAllah. Sangat. Aku tak tahu berapa club dah dia join. Aktif pulak tu. Beza sangat dengan aku. Aku jenis cepat bersyukur dengan kawan yang ada.

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Okay tak nak komen lebih. Superb! Tu jer jawapan dia.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Yang ni. Kami lebih kurang sama. Lahir bulan sama and memiliki perwatakan and minat yang hampir sama. Aku boleh layan apa yang dia minat. Tapi aku tak pasti dia boleh layan tak minat aku. Berbeza setakat ni. Dia suka shopping and aku? Sometimes. Hahaha. Terbalik pulak kami.

Jawapan papa:
Belek moto kereta and bersama keluarga temasuk shopping. Kan betul.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan NGO atau pertubuhan kebajikan?

Alamak. Dia tak aktif dekat sini. Tapi aktif kat club dia. Kat situlah kalau dia bersama-sama menolong mereka yang memerlukannya. Tak nak komen lebih.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumah tangga mereka?

Soalan last ni aku baru tanya. Nanti aku update. Apa yang aku tahu dia dah matang. Apa-apa mesti nak selesaikan sendiri. And cuba nak selesaikan sendiri.

Jawapan papa:
Kalau untuk kebaikan tak ada masalah tapi kalau dengan niat untuk pecah belahkan keluarga sorry to say. hye hye bye bye

Dan aku? Dah bersedia ke nak memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu? My answer "InshaAllah. Papa bantu ummi and ummi akan cuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik untuk papa dan adik serta anak-anak kita yang akan datang. InshaAllah ada rezeki kita. Aamiin.


A successful marriage requires
falling in love many times,
always with the same person.
-franz schubert- 

Friday, 2 January 2015

NEW ENVIRONMENT

Assalamualaikum wbt
Happy New Year 2015 guys!! Harini aku tak kira nak share jugak. My new company new environment and all. Alhamdulillah. Career aku sudah berada di track yang betul. Biasalah. Kalau dah belajar civilkan, tak de mende lainlah dalam fikiran. Aku memang passionate sikit dekat bahagian stucture sejak dari aku dibangku sekolah di semester akhir degree sebenarnya. Hahaha. Kalau geotech aku surrender sikit. Banyak sangat nak kena ingat. Highway bolehlah.

So harini bermulanya aku di sebuah consultant firm and you know what. My boss and my colleague is superb!! Aku tau korang nak cakap. "Baru first day im. Cepatnya bagi comment". Do i care about that? Actually, aku kenal boss aku tu almost 8 years. 8 tahun kut. Even tak selalu contact tapi aku tau he is the best. My superb senior. Kalau bakal somi aku baca mesti bengang. Chill Mr.Firefighter. You always my hero okay!

Akhirnya berjaya juga aku dapatkan jawatan c&s engineer di PJ. Actually mana-mana tak kisah janji c&s engineer. Dari aku habis belajar lagi aku aim. Tapi biasalah. Susah nak dapat kerja. Tapi rezeki kerja tetap ada cuma bukan jawatan yang aku nak.

Bermulanya kisah karierku harini. 2nd January 2015 my first day. Jauh lagi perjalanan aku ni. Doa-doakan semua tuk aku yer. Ni baru starting. Aku harap jammed and jarak bukan penghalang.
To papa and adik please support ummi. I love u guys!!

What is the recipe for successful achievement?
To my mind there are just four essential ingredients:
Choose a career you love,
give it the best there is in you,
seize your oppurtunities,
and be a member of the team.

-Benjamin Franklin Fairless-