TEKAN LINK INI JIKA INGIN KAYA

Wednesday, 28 August 2019

BERSYUKUR ITU LEBIH TINGGI DARI BERSABAR

Allahuakhbar. Semalam kak im berbual panjang dengan seorang teman. Sepanjang berbual, Subhanallah kagum sungguh dengan dirinya. Sentiasa positif. Even kata, rasa dan fikirnya. 

Katanya itu semua dari Allah. Apa yang baik semua dari Allah, tak ada satu pun miliknya.

Dan manusia ni ibarat hidup dalam dewan exam. Sentiasa ada ujian dan sentiasa diuji. Samaada kita sedar ataupun tidak.

Apa yang perlu kita buat adalah tempuhi dengan SABAR dan SYUKUR. Sabar sahaja tidak mengcukupi. Kerana nikmatnya lebih indah jika kita tambahi rasa syukur. 

Harini kak im buat garfu tala. Again kak im dapat tajuk BERSYUKUR ITU LEBIH TINGGI DARI SABAR. 

Satu persatu ayatnya kak im baca dan fahami. Cuba melihat dunia dan takdir yang perlu kak im tempuhi. 

Hikmah demi hikmah yang kak im perolehi setiap kali diuji. Subhanallah!

'Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?'
Ar-Rahman.

Bila banyak bersyukur, lagi cepat kesenangan dan kejayaan datang.
- NoraYusof-

No comments :

Post a Comment

Thanks Sudi Baca And Drop Your Comments