PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Jadilah Muslim Yang Menyelamatkan
عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
Daripada Abu Musa RA berkata: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?" Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya".(HR Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia.
2. Menjaga lisan daripada menuturkan sesuatu yang buruk seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba dan lain-lain adalah dituntut.
3. Memelihara tangan dari melakukan perbuatan keji dan menyakiti orang lain bukan hanya memukul malah termasuk menulis, memforward sesuatu yang berbentuk fitnah, menghina, mengadu domba dan lain-lain adalah dilarang.
4. Imam al-Khaththabi rahimahullâh berkata, hadis ini bermaksud bahawa kaum muslimin yang paling utama adalah orang yang selain menunaikan hak-hak Allah dengan baik, dia juga menunaikan hak-hak sesama kaum muslimin dengan baik pula.
5. Muslim yang paling utama ialah yang lisan dan tangannya menyelamatkan Muslim yang lain.
Marilah kita menjadi baik dengan menjaga lisan dan tangan kita.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#SemarakCintaRasul
#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
28hb Januari 2020
03hb Jamadil Akhir 1441H
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik 👆
No comments :
Post a Comment
Thanks Sudi Baca And Drop Your Comments