TEKAN LINK INI JIKA INGIN KAYA

Showing posts with label suami. Show all posts
Showing posts with label suami. Show all posts

Monday, 23 February 2015

10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI

1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih


2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.


3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.


4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.


5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.


6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.


7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.


8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.


9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.


10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.


Shhh!! Aku copy dari FB Saya Cinta Suami Saya

InshaaAllah. Saya sangat cintakan bakal suami saya. Doakan kami. Aamiin.

Simpan kat my belog. Bakal suami kuat batuk.

Monday, 12 January 2015

BERSEDIAKAH AKU??

Assalamualaikum wbt

Hello world. Harini 12 Januari 2015, maka genaplah 66 hari perkenalan aku, msengineer dan dia, mrfirefighter. Hopefully perkenalan ini akan terus kekal hingga ke syurga. Aamiin. Doakan tuk kami yer. (^_^)

Actually kami tengah berusaha untuk ke step seterusnya. Mengakhiri zaman bujang. Tadi masa tengah layan FB ketika kebosanan dan kemengantukan yg amat. Aku terbaca satu website (MATABULAT).

Kat website tu dia ada 10 soalan berhasrat untuk bertunang. Moh kita review satu-satu soalan ni.

1. Apakah wawasan hidupnya?

Allah. Jawapan untuk ni aku ada samar-samar jer. Tapi aku dia bercita-cita tinggi. Cuma disebabkan dia kehilangan 'pemberi semangat' so impian dia tolak ketepi. Tapi semenjak aku hadir dalam hidup die ni. Nampak cam kembali bersemangat. Its okay. Aku baru lepas tanya dia. Nanti dia dah jawab aku update lagi. Ngee.

Jawapan papa:
Menyenangkan keluarga. Biar papa susah tapi yang lain senang. Jangan susahkan orang lain.

2. bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Okay. Totally memang aku tak tanya langsung and i have no idea about this question. Tak leh nak men hentam jerkan? Tapi aku pasti jawapan dia positif macam jawapan aku. Ahaks.

Jawapan papa:
Sesuatu  yang mulia & perlu dihormati & disanjungi. Kerana lelaki takkan berjaya tanpa sokongan wanita dan keluarga.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Setakat ni dia selalu tegur sifat kuat merajuk aku. Bukan apa. Dia tak ada masalah untuk pujuk aku. Tapi kalau bukan depan mata memang masalah. Sebab dia manatahu aku tengah merajuk ke apa. Selau kena tegur pasal ni. Alhamdulillah. Sekarang ni aku ikut nasihat dia. Jangan buat andaian sendiri. Tanya dulu. Aku praktiskan and dah tak de isu merajuk. Tapi isu tak dengar kata pulak keluar. Hahaha.
Ala masalah tak dengar kata tu bukan apa. Sebab dia suruh aku balik awal. jam 6 or paling lewat 630. Waktu kerja dah habis baliklah. Lagipun tempat barukan. Tak kenal sape2 lagi. So dia dah tak tahu nak cakap apa. Sebab aku tak bagi feedback dengan teguran dia ni. Tu dapat title tak dengar kata. (T_T)

Jawapan papa:
Suka yang berterus teran, tidak hipokrit dan tak pentingkan diri sendiri. Memahami apa yang papa lakukan

4. Apakah pandangan mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Isu ni tak masalah langsung. Cuma aku jer kena prepare myself untuk bersiap sedia. Sebab my mrfirefighter ni duda anak satu. So soalan tu aku yang kena bagi jawapan sebenarnya. Hehe. Tapi inshaAllah. Aku suka budak and suka my daughter. Dah jatuh sayang pun. Hehe.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Setakat ni Alhamdulillah. Lagipun dia jaga badan dia. Fitness katanya. Aku yang terkena balik. Hahaha.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

YaAllah. Sangat. Aku tak tahu berapa club dah dia join. Aktif pulak tu. Beza sangat dengan aku. Aku jenis cepat bersyukur dengan kawan yang ada.

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Okay tak nak komen lebih. Superb! Tu jer jawapan dia.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Yang ni. Kami lebih kurang sama. Lahir bulan sama and memiliki perwatakan and minat yang hampir sama. Aku boleh layan apa yang dia minat. Tapi aku tak pasti dia boleh layan tak minat aku. Berbeza setakat ni. Dia suka shopping and aku? Sometimes. Hahaha. Terbalik pulak kami.

Jawapan papa:
Belek moto kereta and bersama keluarga temasuk shopping. Kan betul.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan NGO atau pertubuhan kebajikan?

Alamak. Dia tak aktif dekat sini. Tapi aktif kat club dia. Kat situlah kalau dia bersama-sama menolong mereka yang memerlukannya. Tak nak komen lebih.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumah tangga mereka?

Soalan last ni aku baru tanya. Nanti aku update. Apa yang aku tahu dia dah matang. Apa-apa mesti nak selesaikan sendiri. And cuba nak selesaikan sendiri.

Jawapan papa:
Kalau untuk kebaikan tak ada masalah tapi kalau dengan niat untuk pecah belahkan keluarga sorry to say. hye hye bye bye

Dan aku? Dah bersedia ke nak memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu? My answer "InshaAllah. Papa bantu ummi and ummi akan cuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik untuk papa dan adik serta anak-anak kita yang akan datang. InshaAllah ada rezeki kita. Aamiin.


A successful marriage requires
falling in love many times,
always with the same person.
-franz schubert- 

Friday, 2 January 2015

NEW ENVIRONMENT

Assalamualaikum wbt
Happy New Year 2015 guys!! Harini aku tak kira nak share jugak. My new company new environment and all. Alhamdulillah. Career aku sudah berada di track yang betul. Biasalah. Kalau dah belajar civilkan, tak de mende lainlah dalam fikiran. Aku memang passionate sikit dekat bahagian stucture sejak dari aku dibangku sekolah di semester akhir degree sebenarnya. Hahaha. Kalau geotech aku surrender sikit. Banyak sangat nak kena ingat. Highway bolehlah.

So harini bermulanya aku di sebuah consultant firm and you know what. My boss and my colleague is superb!! Aku tau korang nak cakap. "Baru first day im. Cepatnya bagi comment". Do i care about that? Actually, aku kenal boss aku tu almost 8 years. 8 tahun kut. Even tak selalu contact tapi aku tau he is the best. My superb senior. Kalau bakal somi aku baca mesti bengang. Chill Mr.Firefighter. You always my hero okay!

Akhirnya berjaya juga aku dapatkan jawatan c&s engineer di PJ. Actually mana-mana tak kisah janji c&s engineer. Dari aku habis belajar lagi aku aim. Tapi biasalah. Susah nak dapat kerja. Tapi rezeki kerja tetap ada cuma bukan jawatan yang aku nak.

Bermulanya kisah karierku harini. 2nd January 2015 my first day. Jauh lagi perjalanan aku ni. Doa-doakan semua tuk aku yer. Ni baru starting. Aku harap jammed and jarak bukan penghalang.
To papa and adik please support ummi. I love u guys!!

What is the recipe for successful achievement?
To my mind there are just four essential ingredients:
Choose a career you love,
give it the best there is in you,
seize your oppurtunities,
and be a member of the team.

-Benjamin Franklin Fairless-


Sunday, 16 November 2014

CIRI-CIRI SUAMI IDAMAN

Assalamualaikum wbt.

Pompuan single. Dalam belog wajiblah ada ciri-ciri suami idamankan? Hahahaha

Actually aku tengah stress. Stress dengan drawing c&s and architect yang tak tally ni. Buat kepala aku pusing. Kalau tak push tak pe. Ni kemain macam korang tak buat silapkan? Fair and squarelah. Kita semuakan manusia. Noktah Tanda Seru

Ciri-ciri suami idaman aku simple jer. Janji cukup 5 waktu solat fardhu pada awal waktu. Simplekan? Korang rasa simple tak? Bagi aku tak simplelah. Ingat senang ke? Cukupkan 5 waktu solat fardhu memang tak ada masalah. Tapi nak mengerjakan diawal waktu tu yang problem. Hahaha. Sebab aku sendiri pun kekadang sengaja drag, terdrag and etc. (sentiasalah guna etc sebab ibarat macam kau tau semua walhal kau tau ape yang ko dah mention jer) ^_^.

Bagi akulah bila ko jaga solat ko mesti terjaga semuanya. Kira macam pakej kut. Antaranya :

1. Seorang yang bertanggungjawab -  ko dah jaga tanggungjawab ko sebagai seorang muslim. kalau tanggungjawab ni dah tiptop yang lain aku gerenti mesti terbaik. Thumbs up

2. Seorang yang punctual - kalau dah solat ko boleh kerja awal, masa memang ko jaga rapilah, confirm ko memang punctual giler. Aku jamin!!

3. Kalau dah solat ko boleh jaga. Apatah lagi anak orangkan and anak sendirikan?

Otak aku tepu sebenarnya. Ulasan yang tak seberapa sebab aku memang tak minat buat karangan. Korang nak tau lebih baca sini CIRI-CIRI CALON SUAMI YANG BAIK MENURUT ISLAM

K bai.

Every great dream with a dreamer.
Always remember, you have within you the strength,
the patience, and the passion to reach for the stars
to change the world
-harriet tubman-