TEKAN LINK INI JIKA INGIN KAYA

Tuesday, 28 January 2020

Nasi Goreng Ikan Rebus

Ceritanya bermula begini, my mom suka sangat rebus ikan segar. Sebab my dad and my mom memang suka makan ikan rebus ni.

Part yang paling best, bila my mom goreng sampai garing. MasyaAllah rasa dia. Bertambah wei makan nasi. Memang sedap giler.

And aku membesar memang setiap pagi makan nasi goreng. My mom akan goreng nasi lebihan semalam. Without miss tau.

Bila time tak makan nasi goreng tu? Bila nasi tu lembik. Aku memang kurang sikit nasi lembih. Prefer nasi keras. Bila goreng kan jadi cantik sikit and menyelerakan. 

Dan tetiba kedai depan rumah suami aku tu buat nasi goreng ikan rebus. Excited giler rasa. Hahaha. Kalau pedas mesti lagi power. 

Haihlah. Teringat-ingat nasi goreng ikan rebus tu ๐Ÿคค

Jagalah Lisan dan Tangan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah Muslim Yang Menyelamatkan

ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ู…ُูˆุณَู‰ ุฑَุถِูŠَ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู†ْู‡ُ ู‚َุงู„َ ู‚َุงู„ُูˆุง ูŠَุง ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ุฃَูŠُّ ุงู„ْุฅِุณْู„َุงู…ِ ุฃَูْุถَู„ُ ู‚َุงู„َ ู…َู†ْ ุณَู„ِู…َ ุงู„ْู…ُุณْู„ِู…ُูˆู†َ ู…ِู†ْ ู„ِุณَุงู†ِู‡ِ ูˆَูŠَุฏِู‡ِ

Daripada Abu Musa RA berkata: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?" Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya".(HR Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia.

2.  Menjaga lisan daripada menuturkan sesuatu yang buruk seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba dan lain-lain adalah dituntut.

3.  Memelihara tangan dari melakukan perbuatan keji dan menyakiti orang lain bukan hanya memukul malah termasuk menulis, memforward sesuatu yang berbentuk fitnah, menghina, mengadu domba dan lain-lain adalah dilarang.

4.  Imam al-Khaththabi rahimahullรขh berkata, hadis ini bermaksud bahawa kaum muslimin yang paling utama adalah orang yang selain menunaikan hak-hak Allah  dengan baik, dia juga menunaikan hak-hak sesama kaum muslimin dengan baik pula.

5.  Muslim yang paling utama ialah yang lisan dan tangannya menyelamatkan Muslim yang lain.

Marilah kita menjadi baik dengan menjaga lisan dan tangan kita.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#SemarakCintaRasul
#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor 

28hb Januari 2020
03hb Jamadil Akhir 1441H

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik ๐Ÿ‘†