Friday, 22 July 2016

INSTANT MOM

Assalamualaikum wbt

Siap post bagai budget ada orang nak bacakan? Takpelah. Kepeningan nih. Hehehe. Nak baca nak jadikan tauladan or seangkatan boleh jer tak de masalah.

Entry kali ni post pasal IBU SEGERA bermaksud aku dah kawin tup tup terus ada anak. ANAK SEGERA untuk akulah. Pilihan aku macam pelik sikitlah sebab aku pilih duda anak satu sebagai suami. Walhal aku tau selepas kahwin tu banyak benda aku kena fikir kena tempuh. Suami aku ni duda kematian isteri dan dia ada seorang anak perempuan.

Alkisahnya pertemuan aku dengan suami ni masa aku join training Emergency Respon Team Training (ERTT). So masa tu aku memang single. Pastu duk gila bayang kat laki yang tak layan aku. Muahaha. Sedihnya. First nothing happened cuma my husbandlah duk kaco. 'Nak ngoratlah tukan?' Tapi aku ni nerd so macam tak fahamlah kan ape benda duk kaco2 camtu. Okay. Bored.

Cara penjagaan anak segera ni tak sama. Penyokong kuat haruslah ibu/bapa kandung kanak-kanak tersebut. Persefahaman tu penting antara suami isteri bagaimana mahu mendidik anak tersebut. Alhamdulillah, cara suami nga aku of course berbeza tapi matlamat kami sama. Suami aku ni unit beruniform. So agak tegas+garanglah. Aku pun selalu kena tegur. Kahkah. Apatah lagi anak-anakkan. Then aku lak memang garang. Cuma dah set mind tak nak garang garang sangat dengan anak. But in the end, anak segera aku dah biasa membesar dengar papa yang garang. Bila dapat ummi yang tak garang mulalah buat perangai sebab tau die takkan kena marah.

Tapi tak selalulah anak aku tu buat perangai. Tengok keadaan, tapi keadaan dia pilih memang terbaik. Terus buat aku angin.

Ingat senang ke nak jadi ummi nih??

Pernah aku menangis kat kaki suami and then aku cakap kat die. "Papa, Ummi takut sabar ummi hilang."

Then suami aku pun cakap. "Ummi bagitahu papa je. Cakap. Papa anak buat perangai." Pastu tangan dia duk sapu sapu air mata aku.

Then aku cakap. "Kalau asyik papa jer. Nanti anak tak nak dengar cakap ummi."

"Takpe. Skang ni kita just nak dia behave depan orang jer." Pastu tangan dia duk sapu sapu air mata aku lagi.

Lepas tu aku cakap. "Okay. Tangan papa busuk." Sambil gelak gelak

"Kurang Ajooo.." Balas si suami.

cerpen pendek tuk harini.

No comments :

Post a Comment

Thanks Sudi Baca And Drop Your Comments