Monday, 4 April 2016

SUAMIKU SAHABAT YANG TERINDAH


Suamiku

Terima kasih kerana mengambilku menjadi isterimu
Terima kasih menjadi suamiku
Terima kasih sabar melayan kerenahku
Terima kasih setia disisiku
Terima kasih menerima segala kekuranganku
Terima kasih kerana menyayangiku

YaAllah,
Aku mohon kepadaMu,
Lindungilah suamiku,
dari segala musibah, kejahatan, fitnah dunia,
Panjangkanlah umurnya supaya dia dapat memberi manfaat kepada yang lain,

YaAllah,
Peganglah hatinya, kuatkanlah iman, bimbinglah dia,
Bawalah dia dekat denganmu yaAllah,
Berkatilah segala yang dilakukannya,
Berkatilah rezekinya,
Limpahilah rezeki yang halal untuknya,

YaAllah,
Jadikanlah suamiku anak yang soleh,
Abang dan adik yang soleh,
Pemimpin yang soleh,
Suami yang soleh,
Bapa yang soleh,

YaAllah,
Sesungguhnya aku amat menyayanginya keranaMu yaAllah,
Kau mempertemukan aku dengannya,
Membawa kami kepada hubungan yang halal,
Jagalah kami yaAllah,
Kukuhkanlah hubungan kami yaAllah,
Sehingga kami dapat bersatu kembali diSyurgaMu YaAllah

Aamiin. YaRabbal Al Amin