Thursday, 3 September 2015

A WIFE, A MOTHER & AN ENGINEER PART 1

Assalamualaikum wbt

Hello! Aku tau ada berjuta lemon kat luar sana yang mempunyai 3 tanggungjawab seperti aku aku. A wife, A mother & An Engineer. Perjalanan hidup aku lain dari orang lain. Ramai yang tertanya-tanya dan pelik dengan tindakan and pilihan aku dan ramai juga yang menyokong dan sering memberi nasihat.

Aku merupakan seorang isteri kepada seorang anggota beruniform yang berpangkat dan pernah mendirikan rumah tangga. Bukan aku nak tekankan jawatan dia. Apa yang aku nak tekankan adalah tanggungjawabnya. If berpangkat for sure ada anak buah right? Pangkat lagi besar lagi besar tanggungjawab lagi ramai anak-anak yang nak kena jaga and pantau. So husband aku ni kesimpulan dia akan baran jugaklah. Dah anggota beruniform ni. Susahlah nak jumpa yang jenis lembut bagai. Kalau tak camne boleh lepas latihan dop? So bayang sendiri r camne. Muahahahaha. Malas nak citer lebih.

COP : Aku tak rampas suami orang. Aku kenal husband aku ni masa tu wife dia dah meninggal setahun lebih dah. So aku bukan perampas or penyebab yer. Lagi pun ini bercerai mati. 

Aku merupakan seorang ibu kepada my little daughter. Walaupun my lil daughter bukan datang dari rahim aku tapi dia tetap anak aku. tak de sape boleh amik dia dari aku kecuali Allah. Muahahaha. Dasyat no ko nih! Walaupun kita anggap die anak kita tapi orang tetap akan cakap kita adalah mak tiri dia. So nak marah nak ape2 kena banyak berjaga2. Tapi bagi aku rasanya camnilah juga my mom marah kat aku setiap hari. Kecuali aku tak angkat tangan jer. Masa kecik2 dulu selalu kena cubit dengan ma aku kut. Tapi dengan anak-anak aku ni aku tak nak ajar macam tu. Sekadar marah di mulut and sedikit bebelanlah sikit.

Dan aku juga merupakan seorang Jurutera atau lebih dikenali sebagai Engineer. Engineer yang baru merangkak ingin mengenal dunia construction yang sebenar. Engineer yang ingin mengenali sedalam-dalamnya bidang yang dipelajari selama ini. Betul aku merupakan graduation UtHM 2012. Tapi perjalanan untuk aku mara ke dalam dunia sebenar secara berperingkat. Walaupun sekarang aku berada di dunia consultant namun ini hanyalah 20% dari dunia kejuruteraan awam yang sebenarnya. 

Dan apa yang aku merepek sebenarnya. Muahahahaha.