Monday, 13 April 2015

INDAHNYA PERASAAN SEORANG IBU

Assalamulaikum wbt

Sepanjang weekend ni hari hari ku terisi dengan celoteh anak perempuan kesayanganku. Korang jangan main. baru umur 7 tahun kenal erti cemburu berkecil hati and im speechless. And the best part, kami sama-sama berfikir nama untuk adik-adiknya nanti. Sweetkan? (^_______^)

Berbual sampai tak hingat bill akan melambung tinggi. Apa lagi, mengamoklah si papa. Mengamok sayang jer tapi. Jeleslah tu. Anak dan bakal isteri luang masa berdua jer. Hahahaha. Nasiblah kami dah jadi geng.

Antara conversation kami yang menarik hati aku:

1. Bila anak fikir umi dia ada anak yang lain

Adik : Umi Aleeya Umairah tu sape? Anak umi ke?

Aku : Aleeya Umairah tu anak saudara umi. Bukan anak umi.

Adik : Adik ingatkan dia anak umi. Adik cemburu. Tapi sekarang dah tak cemburu dah sebab adik dah tahu hal sebenar.

Aku : Adik cemburu? Kenapa adik tak tanya umi masa kat kelantan haritu?

Adik : Adik takut Aleeya Umairah tu kecil hati.

Oh my lovely daughter. Such a nice person like your mother dear. I love you so much and no matter what you'll always be my first daughter.

2. Bila si kakak tak sabar nak adik.

Adik : Umi nanti bila umi dah kawin dengan papa, umi mengandung and nanti baby nak letak nama apa?

Aku : (Terdiam kejap). Tanya papa.

Adik : Nanti adik tanya sape letak nama adik. Kalau papa letak, papalah yang kena bagi nama kat baby. Kalau mama yang letak umilah kena bagi nama.

Aku : Okay sayang. Adik tanya dulu.

Namanya yang menjadi pilihan anak

- Nur Ameera Husnah
- Nur Syaqila Umairah
- Nur ____ Nazifah
- Nur Nadia Aisyah

My lovely sweet daughter. Nur Alleeya Sofeea